Usaha Dan Tawakkal.. Sejauh Mana Hati Kita Melangkah?
Usaha sudah, tawakal pun sudah.. Apa yang kurang lagi sebenarnya dalam hidup kita, sehingga kita rasa sempit sangat hidup ne? Haa.. Bukan ruang bumi yang sempit, tapi adakalanya hati kita yang terlalu 'sempit' untuk simpan rasa bersyukur dalam diri kita.. Perasan atau tidak, kita sering diuji dengan masalah yang diluar dugaan kita.. Salah satunya kepayahan dalam mencari kerja, kehilangan pekerjaan, bebanan hutang.. Lalu apa yang kita buat? Mengeluh.. Iya, mengeluh.. Tu antara reaksi spontan yang selalu kita buat pertama sekali bila kita diberikan ujian mahupun cabaran.. Tapi yakinlah padaNYA.. Betapa DIA sangat menyayangi hambaNYA sehinggakan Allah tidak akan menguji kita dengan sesuatu perkara yang diluar kemampuan kita, diluar kendalian kita sendiri.. Kerana itulah apabila kita diuji, kita perlu ingat dua perkara.. Berusahalah untuk menyelesaikannya, selebihnya tawakal dan berserah padaNYA.. InsyaAllah keadaan akan selalu jadi leb...